
Alaa. Gambar ni mmg x berapa menarik tp actual nya sangat heaven ya know. Hehe.
Kek ni gebuu bam bam. Basically mcm kek butter bodoh yg mak selalu buat, tapi lebih lembut and sedap kikikih. *jgn tanya kenapa nama dia kek bodoh. Maybe sbb sonang bona gek eh*
Jumpa resepi ni dekat mana tah x ingat. Tapi memang best and senang sgt. Ada ubah sikit here and there.
Just perlukan :-
- telur 4 biji gred B (putih and kuning asingkan)
- gula 50gm (utk pukul dgn egg white)
- gula 150gm (yg ni sy guna 100gm je bagi yg nak kurangkn manis)
- tepung kek blue key 200gm
- salted butter 230gm dilembutkan ( sy guna buttercup yg dlm tin je)
- esen vanilla sesudu
- esen ros setitik (kalau suka)
Sikit je bahan kan.
- susu 60ml ( sy guna dutch lady full cream)
Cara - caranya puan-puan,
1.Panaskan oven dlm 170C dan lenserkan loyang 8x8 dengan butter.
2. Pukul putih telur sampai kembang and x tumpah bila terbalikkan. Then masukkan 50gm gula sikit sikit. Pukul sampai kembang. Ketepikan
3. Pukul butter dan gula 150gm sampai kembang. Then, masukkan esen vanilla dan ros. Pukul lagi.
4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar.
5. Masukkan separuh tepung sambil putar dengan kelajuan perlahan. Add susu perlahan-lahan dan kemudian masukkan baki tepung.
6. Masukkan separuh adunan putih telur dan putar dengan kelajuan perlahan, then masukkan baki nya dan gaul dengan sudip sahaja sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan boleh lah bakar lebih kurang 45 min ke 1 jam. Ikut oven and ikut suka masing2. Husband sy suka dia garing2 di luar, so sy masak dlm 1 jam 10 min.
Biarkan kek dlm oven lebih kurang 10 min baru keluarkan. Pastu sejukkan atas redai. X tau redai apa? Cer google. Kehkeh.
Tapi we olss suke makan panas2 kena pula dengan teh 0. Sedappp ngko! Selamat mencuba !!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment