Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Tips Cepat Membeli Rumah Pertama

Assalamualaikum

Actually ini adalah berdasarkan pengalaman kami lah ya.Jangan ada yang x puas hati pulak kalau tips ni x berjaya tp insyaAllah kalau yakin mesti boleh kan?

Contoh yg saya beri ni based on household income yg biasa-biasa je,kalau korg dah kayo x payah lah ikut tips ni.haha..

so, first thing is kena tahu berapa gross income isi rumah.Contoh, husband and wife salary is RM6,000 all together.

Bear in mind, in order to make sure yang housing loan nnt berjaya ialah kena pastikan liabilities(komitmen hutang tetap) termasuk dengan bayaran bulanan utk rumah tu tak lebih dari 60% of gaji bersih(nett income).Ini yg paling selamat lah,ada bank yg bagi kelonggaran smpi 65% or even 70%.

60% dalam kes ini selepas tolak EPF(RM700) ialah RM5,300 x 0.6 = RM3,180.00. Bermaksud total hutang x boleh lebih dari RM3,180 termasuk rumah ya.

Tips yang kami buat utk beli rumah dlm masa SETAHUN lepas kahwin-->

1) Beli motor biasa utk ke pejabat (make sure bayar habis or cepatkan tempoh bayar.lg cepat habis, lagi cepat beli rumah hehe)

2) Kereta seeloknya beli yg rendah bayaran bulanan ,kalau boleh jgn lebih RM500/month.

3) Kami x ada hutang dgn PTPTN, itu dah byk membantu. Kalau ada byr lah ikut jadual.x sure berapa.maybe RM50 eh?

4) Kumpul duit utk booking fees.Maybe guna bonus or menabung sikit2.

so, contoh tadi daripada RM3,180.00 - RM500 - RM50 = RM 2,630.00 --> so, Kita boleh beli rumah dengan kadar bulanannya x lebih dari RM2,630.00 (Hampir RM600K harga rumah)

Boleh pergi bank utk tanya limit harga rumah yg kita mampu =)

Tapi x perlulah sampai byr RM2,600 kot. Bergantung lah pada poket masing-masing.Ada org mempunyai lebih komitmen kan..
Ni just basic idea utk calculate je :)

rajin-rajin mencari dan Good Luck!Segala yg baik itu dtg dr Allah SWT ^_^

Rumah Pertama (Part 2)

Assalamualaikum WBT



Mula-mula rasa segan pulak nak post this entry tapi niat saya just nak bagi rough idea to all friends out there yg berniat and bercita-cita nak beli rumah.

It is really a tough decision yelah dengan kekangan source, duit dan info.Alhamdulillah utk rumah kami yg pertama ni everything went smoothly amin.

It happened mcm ni, seingat saya time tu hari Khamis and saya tgh fikir-fikir and mencari idea tntg rumah la.

Then, tup-tup digerakkan rasa utk call je Sime Darby Properties nak bertanya kalau ada project baru nak launch and nak survey harga la.

The saleswoman tu ckp,"wah, U are very lucky u know. We are about to launch a new phase Medina in Nilai Impian.Are you interested?". Dengan tak fikir panjang saya terus setuju."okay then.I will come tomorrow morning".

Tapi Selina si saleswoman ni cakap "nooo..you must come today and get a number.Bumiputera unit only have 44 nos. and now there are 3 people already queue.If u want to get a corner lot u must come early" ishhh..biar betul.haha..esok launch pukul 9,harini dah ada org beratur. Lemak sungguhhhhh. hihi...

Dlm membebel2 tu kuar jugak lah , berdesup pergi Nilai. Otw call husband ckp, "Abg, syg nak pergi book rumah kita ni. Nnt abg dtg ye!" haaa..yakin 100% je. Blur-blur jap si husband.dia kata ok je. OK CUN..

Then terus call adik mintak teman sebab memikirkan kena stay situ sampai esok.kematu b***ot nnt.LOLOL.ALhamdulillah dekat sales gallery tu boleh tgk tv,ada tempat solat.Cuma makan tghri tu kena keluar kejap.Malam nya,SDP sponsor dinner and ada la tayangan movie utk customer yg menunggu.Husband smpi lmbt jugak,dekat pkl 10pm rasanya.We all dapat number ke-4.So yakinlah juga akan dapat unit yg berkenan.

Long story shortttt
Next morning tu all we have to do were:-
1) Queue for choosing unit
2) Then paid booking fees of RM5,000.00
3) Approached all bank panel's and submit loan application

Lepas seminggu kami dpt loan dr Maybank.erm..rasanya interest 4.1% kot or 4.2% and x ada locking period (maksudnya jika kita jual rumah tu bila2,x kena denda)and another thing kami x ambik MRTA or MRTT sebab nak ambil insurance luar je as per advised by our mortgage consultant tu.

Kata Michelle dr Maybank tu, MRTA/MRTT punya term is reducing.

Contoh, kalau harga rumah ialah RM500K,tahun pertama MRTA/TT akan cover 500K la lebih kurang, then for next year value tu akan drop maybe RM470K.and continue decreasing.

But if we bought outside,insurance akan cover value yg sama.Contoh, saya beli insurance berharga RM400K,value yg akan dibayar oleh insurance company jika saya (owner) meninggal dunia adalah 400K tadi.

Kalau salah info sorry ye ni apa yg saya faham.

Kami mmg bersyukur sgt2 sebab dapat jugak pilih rumah yg agak memuaskan hati.X lah besar sangat tapi better dari kedua2 rumah yg mula-mula tu.

Medina 3 ni 20'x 72',with extra 16' land.Double storey.Tapi kena apply join name.hehehe..

Ramai x percaya kami boleh beli rumah tu..Nak tau rahsia nya??? Nanti saya cerita dlm next entry ya...

Tuesday, 1 October 2013

Rumah Pertama

Assalamualaikum

Semoga semuanya sihat-sihat belaka hari ini :)

Saya sebenarnya x delah pandai sangat bab-bab ni tapi saya ada pengalaman dlm proses nak beli rumah.So, saya fikir mungkin boleh jadi panduan rakan-rakan sekalian.Pada mulanya, saya dan husband plan nak beli rumah subsale (rumah 2nd hand) kerana project yang baru area kami ni x banyak sangat plus bajet kami kecil sbb nak guna nama husband je.

So, dalam bulan 4 ke 5 tahun ni kami pergi survey-survey dalam mudah.my, propwall, and kami pergi sendiri area2 yg kami berkenan and cari number ejen.

So, rumah pertama yg kami nak try beli is single storey house dekat area Lestari Putra (LEP7).Rumah tu mmg best sebab owner dah renovate dari depan sampai belakang,gate cantik,dia beri aircond,water filter, built-in wardrobe, and kitchen cabinet.Harga nya around RM320K. okay jugaklah memandangkan dia dah makeup habis rumah tu.

My husband pon terus hantar loan application pada bank.Oh, lupa nak bagitau, term nya ialah we have to pay 10% drpd total and apply another 90% dr pihak bank.We also have to bear semua legal fees, S&P, and apetah lagi I forgot pula, estimation about RM10-15K.First bank (Maybank) reject.Dia kata title rumah ada masalah,kerana title still nama developer (which is Talam yg dah bankrupt).

We all kecewa la sikit, tapi x pe semangat pergi apply bank lain.hihihi...Rupanya dapat nasib yg sama juga.huuu.Mmg bukan rezeki lah kan.Husband sedih sebab dia suka tempat tu.Saya pula biasa-biasa je.haha..xpe, ada rezeki tempat lain kan?

Few months later,lepas raya kalau x silap, we found another house, betul-betul depan rumah my cousin Kak Iti.Semi-d cluster corner lot,cantik lah sebab depan padang.Dah verangan lah,ada anak nanti boleh tgk dari beranda rumah je. ecehhhh...Owner letak harga RM390K.Fikir punya fikir, okay lah, no harm kalau try.

First thing first,kami survey market price dulu.CIMB bagi market value nya hanya RM330K.Wah...jauh sangat tu..Bayangkan the difference of RM390K-RM330K= RM60K kena guna duit sendiri, plus another 10% drpd RM330K iaitu RM33K kena bayar jugak,kan bank bagi pinjam 90% je dari market value.Stamping,legal fees lagi..wuhuuuu...rasanya lebih RM100K.:p End up, we cancel lah jugak yang ni.huahuahua..kesian betul..

Husband cakap xpe,kita sewa jelah sampai dpt rumah yang kita suka.Memang betul sangat..Just go with the flow kan..beli rumah bukan mcm beli sayur.

Tak lama lepas tu,jeng jeng jenggggg kitorang bertemu lah dengan rumah yg okay.hehe..yang ni sambung entry lain lah.Panjang sgt ler entry ni kang.

Nah, tgk ni musang ke apa nama dia. Bukan main lagiii ye









Haha. Jumpa dekat downtown mines. Nak usik tapi takut.